Monday, April 30, 2007

Perbezaan Menutup Aurat & Bertudung

Bismillahir Rahmanir Rahiim

Assalamualaikum .

Buat sahabat ana yang dihormati semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Bagi membuktikan kepatuhan kita pada Allah iaitulah pencipta sekalian makhluk ini, maka kita mesti tunduk atau patuh segala arahannya dan meninggalkan segala larangannya. Salah satu arahannya kepada kita adalah memelihara aurat! Bagi lelaki dan bagi wanita, Islam telah menerangkan aurat yang khusus untuk mereka.

Begini wahai sahabat ana... di sana terdapat perbezaan di antara "bertudung" dan "menutup aurat". Islam menggalakkan /mewajibkan kita menutup aurat dan bukan bertudung. Kerana tidak semua orang yang bertudung itu menutup aurat atau ada yang bertudung tetapi auratnya masih tak sempurna dijaga. Antunna kena faham perkara ini elok-elok(baik-baik)...

Yang penting menutup aurat. Biarlah bertudung pendek, bulat, jubah dan sebagainya asalkan semua itu menutup aurat.

Bukan makna mereka (kaum wanita) yang berpakaian yang menutup muka itu melambangkan kuatnya Iman.

Tak! Itu salah. Yang membezakan di antara seseorang insan dengan insan yang lain adalah kekuatan "taqwa" sahaja. Cuma pandangan di dunia ini sahaja yang mengatakan bahwa 'mereka berpakaian yang menutup muka' itu melambangkan mereka golongan yang alim atau warak.

Tapi, tak mustahil kan jika kita berjumpa mereka yang berpakaian yang menutup muka ada yang alim dan warak. Sunnah kehidupan.....

Antunna sebagai wanita yang mengaku beragama Islam mesti kena jaga aurat antunna. Peliharalah "menutup aurat" atau bertudung yang menutup aurat dengan sesempurna yang mampu dan boleh.

Biarlah pada peringkat awal kita mendalami Islam ini, kita merasakan ianya seolah-olah satu penyeksaan tetapi lambat laun nanti akan datang juga kepada antunna kemanisan Iman ini... Insya Allah, antunna akan menjadi Sri Kandi Islam yang agung kelak! Percayalah...

Jangan sesekali membuka "aurat" pada tempat atau pada orang yang memang tak layak atau "haram" untuk melihat aurat antunna itu. Nak(mahu) menunjuk rambut yang lawa atau cantik pada orang? Itu satu jawapan yang meleset untuk jangka masa yang panjang.

Di dunia rambut kita menjadi pujian manusia. Tetapi di akhirat esok, wanita yang tak menutup auratnya maka akan menerima pembalasan yang setimpal. Dibakar rambutnya! Begitu azab sekali seksaan Allah.

Allah tak zalim tetapi kita yang melakukan kezaliman kepada Allah. Antunna faham kan... Bila buka tudung/dedah aurat sebenarnya kita ingin menunjukkan rupa paras yang cantik atau 'cun gila' kata orang?

Subhanallah... adakah ini jawapan yang baik untuk seseorang Wanita Muslimah?

Wanita berhias, bercantik, bersolek tak dimarahi oleh Islam.. tapi perlu sesuai dengan tempat dan masa. Bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang yang mahram (boleh dikahwini)tak elok.

Bercantik-cantik untuk tunjuk pada orang yang mahram?(boleh dikahwini) tak elok.

Contoh tempat yang dibolehkan ialah berhias/bersolek /bercantik untuk seseorang ialah kepada suami tercinta di rumah... Itu satu contoh yang mudah.

Untuk menghapuskan dosa antunna yang telah lalu ialah dengan cara Bertaubat. Ana telah menerangkan sedikit sebanyak tentang bertaubat dalam emel lepas. Jika, benar-benar antunna bertaubat dengan taubat "nasuha" iaitu taubat yang suci murni tulus ikhlas pada Allah, Insya Allah tanda-tanda keikhlasan taubat antunn itu akan kelihatan selepas itu. Antunn akan berasa takut untuk membuat dosa. Antunn akan rasa sensitif sekali untuk mengulangi dosa yang lalu.

Antunna tentu akan rasa selesa sekali pabila yakin yang dosa awak akan diampunkan Allah kan? Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kepada Nya.

Lelaki dan perempuan masing-masing menjadi ujian buat sesama jantina atau berlawanan jantina. Antunna menjadi salah satu ujian Allah buat ana dan ana menjadi salah satu ujian Allah buat antunna.

Yang penting ujian ini perlu ditelusuri/dilalui dengan sebaik-baiknya.

Ana berharap "persahabatan" ini akan berlangsung dalam suasana yang sederhana dan tidak ada yang berlebih-lebihan dalam persahabatan ini. Islam menggalakkan kita agar besederhana.

Antunna mesti ingat, bahwa kekasih sejati yang sesekali tak menipu dan tak ambil kesempatan di atas kelemahan kekasihnya adalah Allah.

Bercintalah dengan Allah seperti Rabiatul Adawiyah. Beliau telah menjadi salah seorang hamba Allah yang warak dan alim.Dan Beliau juga adalah wali allah.

Semua orang tahu kisah hidupnya.Sehingga sekarang namanya disebut sebagai lambang wanita yang kuat taqwanya pada Allah. Suburlah bumi selepas itu dengan kisah hidupnya yang penuh keindahan itu.

Biarlah yang lalu terus berlalu dibawa angin lalu. Yang penting antunna sekarang ingin kembali kepada cinta hakiki iaitu cinta murni buat Allah yang Maha Esa.........

Ana berdoa agar Allah membantu sahabat-sahabat dalam segala tindak tanduk dan geri ketika menelusuri kehidupan dunia yang beronak duri ini
*yakinlah antunna boleh! Boleh!

Islam adalah agama yang terindah..sungguh indah!! Subhanallah!!

Wassalam..

*** asal artikel ini adalah ulasan kepada kisah hidup seorang sahabat kita yang masih mencari hidayat di atas muka bumi Allah ini... kehidupannya yang lampau(lalu) telah menguji imannya.. maka, tidak mustahil ujian itu akan datang kepada kita atau saudara-saudara kita pada masa akan datang... maka berhati-hatilah dari sekarang dengan mengingati Allah selalu..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home