Tuesday, May 22, 2007

Perceptions of others more important?

Tertarik plak bila baca artikel ini...

"Bila terbaca & hayati lirik lagu nasyid di bawah ~Janji Tuhan Pasti Berlaku~..tersentuh jiwa dibuatnya....ISLAM sekarang semakin dipinggir oleh umat ISLAM sendiri..klu kita kembali kpd sirah Nabi Muhammad SAW..betapa Rasulullah bersusah payah mendaulahkah ISLAM sehingga ISLAM menjadi agama yang terbilang & dihormati..Tapi umat ISLAM kini hanya nama sahaja ISLAM,tetapi tidak mengamalkan cara hidup ISLAM.Tertarik dengan beberapa artikel yang ana terbaca ttg hijrah...

Mengapa ya, kita sering memikirkan apa yang akan orang kata tentang kita apabila kita hendak berubah ke arah kebaikan? Apakah melakukan amal itu dilihat sebagai perkara yang memalukan? Apakah bertuduh labuh itu hina? Atau berjubah / kurta itu kelihatan huduh? Atau sebenarnya kita risau, dengan latar belakang kita yang 'hitam', maka orang akan mempersoalkan selama mana imej baru kita itu akan bertahan? Atau apa?

Tetapi yang peliknya, apabila kita melakukan kemaksiatan, kita jarang fikir apa yang orang akan perkatakan. Contohnya, seorang gadis memakai pakaian yang singkat, sendat lagi 'padat', boleh berjalan dengan selamba di tengah bandar yang sesak dengan orang ramai. Tidak terbit pula rasa malu menunjukkan sebahagian besar dari kulit gebunya kepada orang ramai sedangkan itu sebahagian dari aibnya sendiri.

Akan tetapi, apabila gadis itu hendak berubah menjadi baik, apabila hendak menyarungkan tudung di kepalanya, dia akan berfikir bukan setakat 2, 3 kali. Bahkan belasan malah mungkin puluhan kali. Saya pun merasa pelik di sini. Entah apa sebabnya menutup aurat itu lebih memalukan dari mendedahkan badan. Dunia ini benar² sudah terbalik agaknya. Jika tidak, masakan perkara sebegini boleh berlaku.

Hm... Beginilah. Kalau kita hendak ikut apa yang orang kata, maka sampai kiamat pun kita tidak akan berubah. Sebab itu saya katakan kepada teman saya tadi, pedulikan saja apa orang hendak kata. Jika kita hendak turutkan sangat cakap² orang, apakah nanti di hadapan Hakim Segala Hakim alasan sebegini boleh diterima pakai? Tidak... Kita nanti akan dipertanggungjawabkan atas amalan kita sendiri.."

Kenapa lah kita ni bnyk sgt fikir apa org nak ckp tentang diri kita huh? hmmmm... aku sendiri tak fhm.. haha.. sepatutnya kita fikir di mana letaknya kemuliaan insan seperi kita di sisi Tuhan. haizzzz...

(Reminder to self: muhasabah diri lah nisaaaaa...)

2 Comments:

At May 22, 2007 at 7:29 PM , Blogger Haz said...

salam dear..

yes, i know what you mean. i've been there before. when i first donned the hijab, i was trashed depan, belakang, kiri, kanan. semua tertanya2. kenapa kenapa kenapa?

soal nyer... kenapa tidak? wajib isn't it? moest of the times, my response is just a smile.

nak ubah bukan senang. when i started posting stuff about islam in my blog, i was attacked. some bugger said this is just a fascade for me. astaghfirullah!! punya lah sakitkan hati!! mengucap byk2 seh. ader ke dier kater kiter main2 nak ubah. when it's from the bottom of my heart that i sincerely want to change. sedih tau kena trash and pple judge you that way when you really want to change.

but alhamdulillah, i have very good friends who rallied around me. and definitely confiding in Him really help.

haiz sis, i believe ramai org di luar tu memang nak ubah, but our society... erm... let's just say singapore nie byk cubaan. insya' allah those who want to change truly will gather their strength somehow...

 
At May 23, 2007 at 9:43 PM , Blogger Khairunnisa Binte Ali said...

w'salam.. yup i have to agree with you dat it's not easy to change for the better. like i've told u before "org yg nak jadi baik akan slalu diuji".. So take that as a challenge and i am very sure u did well to overcome it. i've always believe in u kak. time and again, you'll be trashed and you will fall but dont give up aite. be strong! gather your strength to stand on your feet once again and this time take a step forward by really getting closer to Him and confiding in Him. He will sure to help you. Trust me.

Anyway kak, its great to see you today and hearing from how u explained to others about the tudung issue, haha i must say with the knowledge u have u do it well although u r stuck here and there at times. No worries. I've always been questioned on this same issue at workplace and i find it really interesting when people start bombarding me with questions on islam and me trying my best to save my own religion from being looked down upon others. on the good note, it challenges me to study more in depth about islam. =)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home