Sunday, March 11, 2007

Hakikat Kejadian Wanita (Part I)

Setelah selesai Nabi Adam A.S dijadikan Allah dan setelah ditiupkan ruh ke dalam jasadnya, maka menjelmalah sesuatu perasaan di dalam hati kecil Adam. Perasaan itu ialah rasa sunyi berada seorang diri tanpa teman hidup. Adam A.S pun berdo’a agar Allah isikan kesunyian hatinya.

Lalu Allah ciptakan seorang lagi manusia yang berbeza jenis (jantina) sebagai pasangannya, Keadaan fizikal, watak dan sifatnya berbza dengan Adam. Adam pun memanggilnya dengan nama Hawa.

Menurut riwayat hadis, bahawa Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam sendiri. Sabda Nabi SAW, maksudnya “….baik-baiklah kamu berpesan (mendidik) wanita, kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok. Kalau kamu lakukan (didik) secara kasar (paksaan), pasti mereka akan patah. Sebaliknya jika kamu biarkan (tidak dididik), maka mereka akan terus bengkok. Kerana itu didiklah mereka secara lemah lembut…” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Mengingatkan kejadian wanita daripada tulang rusuk yang bengkok dan mudah patah kalau berkasar, oleh itu dalam memimpin dan mendidik wanita, Allah dan Rasul-Nya mengingatkan kepada kaum lelaki agar mendidik mereka dengan lemah lembut dan dengan penuh kasih sayang.

Firman Allah;

“…bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) dengan cara yang baik. Sekiranya kamu mendapati ada sifat dan perangai yang kamu tidak suka, mungkin di sebaliknya mempunyai kebaikan (hikmah) yang banyak.” (Surah An Nisa’ ayat 19)

Sabda Nabi SAW, makdusnya, “tanda sempurna iman seseorang kamu ialah sebaik akhlak. Sebaik-baik akhlak seseorang kamu ialah yang terbaik akhlak terhadap isterinya” (Riwayat At Tarmizi)

Memandangkan kaum wanita itu lemah, maka sebab itulah Allah tidak membebankan mereka dengan hukum-hakam syariat yang berat-berat. Tidak seperti kaum lelaki mereka dipikulkan dengan tugas dan tanggungjawab yang berat sehingga melibatkan pengorbanan nyawa seperti berjihad dan sebagainya. Sedangkan kaum wanita sekiranya mereka telah bersyahadah, bersembahyang dan berpuasa, sudah memadai mereka telah dianggap menunaikan tanggungjawab dalam Islam.

Mereka telah diberatkan supaya menyelesaikan lima perkara rukum Islam semuanya. Contohnya, seperti zakat dan haji, kalau tidak dikerjakan kerana tidak cukup syarat tudak dipersoalkan hatta mereka tidak diwajibkan bersembahyang dan berpuasa, sekiranya datang haid dan nifas. Sembahyang jemaah di masjid atau surau pun tidak dituntutkan seperti mana dituntut ke atas kaum lelaki.

Sabda Nabi SAW, maksudnya ; “Apabila seorang wanita telah melakukan sembahyang wajib lima waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah dan mentaati suami, di akhirat ia diseru masuk ke dalam syurga mengikut pintu mana (pilihan) yang ia sukai” (Riwayat At Tabrani).

Hadis di atas, Nabi SAW memberi jaminan, dengan hanya menunaikan empat perkara sahaja, iaitu sembahyang wajib lima waktu setiap hari, berpuasa Ramadhan, jaga maruah dan mentaati suami, maka sudah cukup bagi wanita untuk layak masuk syurga, bahkan mereka bebas pula memilih pintu syurga mana yang mereka ingin masuki. Bereerti empat perkara tersebut merupakan tanggungjawab asas yang sudah cukup untuk menjamin wanita selamat di dunia dan di akhirat dapat masuk syurga. Tidak perlu kepada perkara lain sepertimana yang diperintahkan ke atas kaum lelaki.

Lihatlah, betapa sayang Allah dan Rasul-Nya terhadap kaum wanita. Kerana mereka golongan yang lemah, Allah memberi pula rukshah (kelonggaran) dalam banyak segi. Di bawah nanti dikemukakan lagi bukti bahawa memang benar bahawa kaum wanita itu golongan yang lemah sehingga Allah memberikan beberapa kelonggaran kepada mereka dalam hal hukum-hakum syariat dan lain-lain.

Bersambung…Wanita kurang akal dan lebih nafsu…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home